May 30, 2010

kegilaan DS3 ^^







ni keje camelia  ^^

sesungguhnye setiap hujung semester memang kegilaan melanda
terutamanya time time getir nak submit design..
aku dah rasa macam dah lama tak jumpe katil 
tapi takpe dah minat kan :)
so berusaha saja lah
ni gambar gambar mereng lepas 3 hari buat kerja..
perangai pun pelik pelik je keluar.
sungguh lah kan time time ni aku fucking lapar gilak...ada je benda nak makan
perut ni pun rasa dah mengerang n mengeras...
dengan air coke..
memang saja cari nahas aku ni..sebab 2 malam berturut dok melantak air coke ( botol besar OK!!)
pastu asap lagi..mane la rase tak sedap..isk
lepas melantak mamee monster n doritos
sampai lidah ni dah pedih huhu 
ape ape lah
yang pasti indo mee peneman setia aku time time darurat nih..
tapi tadi makan pizza hahaha oklah release sikit sebab kenyang kan so kerja pun berjalan dengan lancar lagi sempurna huhu..now aku ingin tidur..rase dah terbang terbang dah ni
esok pagi sambung

yeah c'mon sugar . ... after 7th june...aku free!!!!!
MELbourne. . . . tunggu aku !!!!!  YEAhhhhaa!!


May 26, 2010

sepet.sepet


today's plan: 

tidur untuk merehatkan mata, 
wake up at 1am, smoke, doing DESIGN studio, 
get ready to go 4 design crit with scotty,
 smoke,
makan makan, 
smoke here smoke there
&
design design design n design again



i   architecture !!!



boOom bOom pow~


takot!!! cuak seh....
sak kok lu...whew..cepat la habis cepat la habis.huhu
2june and 7 june....cepat la kau datang dan pergi....
harap2 sempat la kan..all d best sugar!!!!!!!

May 24, 2010

|| thurday ||



">


On gentle ground I waited for you
In drops of dew
I wished that were you
With heavy hands
I reached out for you
My skin soaking wet
My eyes searched for you



It seems you lost your way
You�ve let it all fall apart
Nothing�s left here but you
All you do is remind me
Now that we�ve lost our way
The rest can all fall apart
All I see here is you
All it does is remind me
With sharpened tongue
I cried out for you
And must I refrain
Now that I need you
The autumn wind feels
As if it were you
And swayed through the fields
Where I once held you

.syurga di bawah telapak kaki ibu.


MASYARAKAT dunia menyambut Hari Ibu pada setiap Ahad kedua dalam bulan Mei, setiap tahun. Tahun ini, sambutan Hari Ibu jatuh pada 9 Mei. Ibu adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam kitab suci al-Quran.
Berdasarkan sebuah hadis, umat manusia percaya, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda dibandingkan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang tuanya.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah: "Saya ingin berjihad (berjuang) menegakkan agama Allah." Rasulullah bertanya: "Apakah ibumu masih hidup?" Orang itu menjawab, ya. Rasulullah SAW bersabda. "Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada." (Riwayat At-Thabrani)
Apa yang sangat membanggakan manusia bahawa Allah SWT telah menceritakan kisah ibu dalam kitab suci al-Quran, dengan cara yang amat menyenangkan sekali. Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Maka Kami kembalikannya (Musa) ke pangkuan ibunya supaya menyenangkan hatinya dan tidak berduka." (Surah al-Qasasb : 13)
Alangkah besarnya rahmat Allah SWT terhadap ibu. Dengan menjadi pengasuh dan menyusukan anak raja (Musa) itu, ibu Musa sekeluarga telah dihormati oleh seluruh penduduk Mesir.
Pengorbanan ibu tidak dapat diukur dan dibandingkan dengan apa jua pun. Ia melebihi daripada segala pengorbanan. Ada satu kisah dan iktibar yang dipetik dari sebuah hadis Riwayat al-Bukhari iaitu kisah Juraij bersama ibunya yang menunjukkan betapa ampuhnya doa seorang ibu yang dekat dengan Allah SWT, doanya dikabulkan segera.
Atas dasar hadis-hadis itulah, umat Islam menyedari bahawa darjat ibu lebih tinggi daripada ayah dalam memperoleh pengabdian anak kepada diri masing-masing. Tidak diragukan bahawa ibu secara alamiah memiliki peranan yang cukup strategik dalam mendidik anak sejak kecil sehinggalah dewasa.
Syariat Sa'i di antara bukit Safa dan Marwah dalam ibadat haji dan umrah adalah memperingati peristiwa yang berlaku kepada Siti Hajar (bonda Nabi Ismail) yang mana Siti Hajar penuh sabar dan tabah mencari air untuk menghilangkan dahaga anaknya.
Pengorbanan itu adalah bukti yang nyata bahawa Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberi penghargaan yang abadi kepada golongan ibu dengan disyariatkan peristiwa itu dalam salah satu Rukun Islam yang kelima.
Justeru itu, kita diperintahkan untuk memohon rahmat Ilahi yang tidak bertepi itu kepada kedua ibu bapa kita. Adalah wajar, kita memohon untuk kedua-duanya agar memperoleh lebih banyak daripada apa yang kita peroleh, membalas budi mereka melebihi budi mereka kepada kita. Bukankah kita diperintahkan untuk melakukan ihsan terhadap mereka berdua.
Nyata dan jelas sebabnya mengapa Islam memberi penghormatan itu kepada wanita yang dipanggil ibu. Ia tidak lain kerana kedudukannya yang penting dan peranannya dalam setiap kehidupan manusia adalah amat besar. Wanita itulah yang menjadi sumber alam yang pertama bagi permulaan sesuatu kehidupan manusia setelah mereka keluar dari alam zuriat.
Ibnu Batutta menyatakan seseorang ibu berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana susah payah yang dialaminya sendirian ketika hamil, bersalin dan ketika menyusukannya. Manakala bapa berhak menerima kebaikan daripada anaknya kerana kerjasamanya dengan ibu dalam memberi nafkah dan mendidik anak-anak.
Al-Qurtubi, seorang pakar tafsir menunjukkan bahawa ibu adalah orang yang paling berhak menerima kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghormatan daripada anak-anaknya iaitu sebanyak tiga kali ganda jika dibandingkan dengan kebaikan yang berupa kasih sayang dan penghargaan yang berhak diterima oleh seorang bapa daripada anak-anaknya. Al-Qurtubi juga menyatakan, jika berlaku pertembungan keperluan antara bapa dan ibu dalam mendapat khidmat anak-anaknya, maka ibulah yang lebih berhak diutamakan.
Namun begitu, ibu tidak akan dapat menikmati kebaikan, kasih sayang dan penghargaan daripada anaknya, sekiranya dia gagal mendidik dan membimbing anak-anak dengan sempurna mengikut lunas-lunas yang dikehendaki oleh syarak. Menghormati ibu, mentaati, sedia berkhidmat kepadanya, tidak mengingkari perintahnya kecuali pada perkara yang bertentangan dengan syarak, adalah menjadi sebab seseorang itu dapat masuk ke syurga.

Penulis ialah Pengurus Penyelidikan Yadim

artikal ni aku amek dari utusan online..
tetibe je terlintas pasal teringat kan ibu aku..
erm kadang kadang kita tak sedar kita ada buat  ibu/emak/umi/mama/mummy dan (ape2 la yang korang panggil kn..)
terasa hati secara sengaja atau tak sengaja...cuba fikir balik...mesti ada kn ?
aku pun tak terkecuali...
even aku ni actually dikenali sebagai anak yang mendengar kata kononye ( ibu aku cakap lah)
tapi sebenarnye aku ni jenis rebel..
cuma tak tunjuk...dan ibu or baba aku pun tak tahu sebenarnya perangai aku mcm mane...
aku menangis ke.aku ketawa ke.dorang tak pernah tahu..cuma sakit je lah dorang tahu sebab terserlah sangat penyakit aku...
bukan apelah aku nk merepek ni just..aku rindu kt ibu aku
rindu dengar bebelan maut dia
hahah lawak gak kan
bila dekat menyampah
bila jauh rindu
apepun ibu ..anda la wanita paling saya puja kat dunia ni....!!! yeahh i love u so much!!!
tanpa dia mungkin aku bukan aku sekarang...dan if bukan kerana mewarisi perangai dia mungkin aku takde la serupa sifat mcm ni kan...apepun aku tetap hargai dia sebagai ibu aku..yeah..
even masa kecik dulu aku tak rapat sgt..sbb membesar dengan arwah mak (nenek) 
tapi aku tahu dia tetap sayang aku. . .
buat kata dia...'ibu marah2 kau sebab ibu sayang kau...nanti dah ada anak esok,rasa lah apa ibu rasa sekarang"
whew~
masih berdesing desing ayat tu kt telinga aku....well, buat rakan2 yang bakal jadi ibu dan sudah menjadi ibu..
sayangi lah anak anda kerana mereka itu harta yang tidak ternilai..
dan buat mereka2 yang masih punyai ibu....hargai la ibu anda.kerana tanpa doa dan restu seorang ibu sesungguhnya kita akan rasa kekurangan yang amat  sangat dan hidup kita sure tak berkat...


mwakss !!!!!

tenang.....
itu benda first sekali aku nak buat untuk hari ini...
...bangun dah...tapi malas.so skip lagi kelas..haih...jap lagi pergi tutorial.
tolong lah..rajin kan diri ni sepet.


apepun aku berazam try buang benda2 lama...
chill bebeh~
lepas tutorial kasi settle report pulak.
then baru balik rumah and start buat DS...yup boleh
yakin la kn yakin...whew..

May 23, 2010

.kegilaan.

kegilaan?
ye...kegilaan tu datang bila kepala tak fokus pada benda yang kita tengah buat..
dan benda ni berlaku kat aku malam tadi..(hujung2 sem mmg selalu mcm ni pun)
dalam masa 10min aku boleh kata YES...untuk ke destinasi yang aku pun tak pasti ape akan terjadi waktu tu nanti...
tapi yang sure..semua dah settle...aku je yg perlu bawak diri.
bengong kau ni sepet. benda ni la yang paling ibu takut aku buat..sebab dia tahu aku ni berani terlampau..
tapi jujur nye aku pun tak percaya dengan keputusan aku buat . .
tengok je la nnt ye...


12th june ni . . 

|| just dinner ||


sebelum pulang 

makan makan at sanah's place..
n time ni la first time aku main cranium..sengal malam tuh
apepun enjoy :)

rasa rasa lah

tangan ni kan...gatal je nak menaip.
kalau gerak buat design kan bagus...apela kau tangan.
bila mahu start??
esok? yelah esok malam kasi paksa..
tengahari kene pegi library sebab mahu settle report..
design...aku suke design tapi cuak seh aduhai
kenapalah kan..apepun all d best la untuk diri sendiri

malam...tak suka la skrg dah nk masuk winter...rimas seh
tertekan aku dgn suasana sini..whew.
sabar la ye.kau ada lagi 1 thn lebih kat sini..
silap2 master nanti kt sini jugak..padan la dengan muka aku kan..
weeee ape eh nak cakap..sebenarnye benda dalam hati aku ni nk explode cuma tunggu masa je..
bagimana..bila dan kat mana mahu pecah tu tak tahu la kan...tengok je la.
terasa  mahu pergi city park kasi baring2 kt situ lagi..
tenang seh...sbb laut jauh.so park pun jadi kan..
tapi sejuk.gile ape
hm tengok la macam mane nnt...itu pun kalau aku kental la kan..


c'mon sugar..u can do it!!!!

May 22, 2010

ari - Dicintai Tuk' Disakiti




hanya air mata

dan sesal kurasa

di depanku kau bercinta

kau ingkari janjimu

tuk setia bersamaku

kini kau bunuh hatiku


ku tak ingin dengar ratapanmu 

dan ku tak kan lagi menyentuhmu

pergi dan jangan kembali

ku ingin sendiri



perjalanan panjang cinta kita

sekejap kau hancurkan slamanya

inikah takdir untukku

dicintai tuk disakiti

   
ku tahu kau masih sayang
  
dan menyesali sgalanya
    
ooh sayang maaf ku tak bisa

jangan kembali

ku ingin sendiri . . 



first time dengar lagu ni version kawan aku...
last2 aku cari sape yang menyanyi lagu ni..
sekali jumpe la kan..so dlm masa 2minggu ni memang lagu ni tema untuk pagi aku
tak tahu la kenapa...
apepun best :)

si sepet











I am stubborn... (so true )

Look innocent. . (org cakap bukan aku ckp)

I find life disconcerting.

Well, I need some water to calm down myself...(tu pasal aku suka berendam)

I think twice about anything/everything . . . but sometimes not

If I depressed; this is my way of invigorating it.

I believe that books are food for the mind..

My glass is half-empty, but I’d like it to be half-full.

I no longer believe in “good deeds are well paid-off”

I'm a person with no perfection, if u can't accept me for who I am, u may go


Thank you. . .

hati ku bermelodi lagi . . .



















november ni 2010 . . cukup 3 tahun aku dan dia..
tapi dalam 3 tahun ni.macam macam benda yang jadi.
aku ke yang salah?
dia kah?
atau dua2 ??
november 2007.
pantai ??
ye, pantai itu saksi kami bersama
pantai itu tempat kami habis kan masa lapang..
tengok pantai buat aku tenang
buat aku rasa lapang. . .
kereta ?
kerana kereta aku kenal dia . .
gila kelajuan . .
kau cucuk aku . .
aku cucuk kau . . .
aku : “kenapa u suke i eh dulu ?”
dia : “ntah..sbb u satu2 nye girl yang layan time i cucuk kot..”
aku : ye ke ? aha..
do you remember the nights, we’d stay up just laughing. . .
Smiling for hours,at anything . . .
We drove around crazy, we made our way dreaming. . .
sri iskandar – ipoh
ipoh – lumut
lumut – teluk intan & sri iskandar again . . .
We were so young then, we were too crazy, in love. ??
feb, 9 2010
aku perlu pergi…
hm knp?
yeah baba hantar..
alasan ? aku je yang tahu…
hati aku ?
tengah2..happy ada sedih pun ada.
happy sebab tak payah fikir pasal apa yang dh jadi kt KL tu
sedih . . . sebab orang yang rapat dengan aku jauh.
dia, eva ++ kwn2 aku
bulan pertama dan kedua…
semua okay…masuk ke-tiga..
mcm2 sebenarnye tapi biarla dalam kepala aku je..
just benda ni aku coret sebab nak hilangkan sikit rase beban yang tersarang..
yeah sama2 ada buat silap..
tapi entah..
dalam hati aku harap biar
la biarlah esok lagi baik dari hari ini . .
yup kita merancang..tuhan yang tentu kan..
aku menulis ni ntah mayb sebab dah lama tak contact kot whew~