November 20, 2014

D I A

jujurnya
hidup kita tak pernah sempurna
semua ada aib sendiri
semua ada kesilapan lampau
semua ada buat dosa

kerana aku hanya manusia
kerana aku sedar hukum alam
kerana aku sedar dunia bukan hak selamanya
kerana aku sedar tanggungjawab sebagai anak

selama 22tahun...
mana kau menghilang
mana kau di setiap kali di pagi raya
mana kau di setiap kali 14/3 tiba
mana kau setiap kali hari pengambilan kad pelajar di sekolah?
mana?
mana kau untuk teman aku bermain di waktu petang?
mana kau ketika aku perlukan seseorang ketika aku bersedih?

kini
tanpa henti kau ucapkan kata sayang pada aku
tanpa henti kau merayu aku pulang
tapi 
adakah kau akan terima aku kalau aku merempat?

dalam kau ucap kan sayang
setiap percakapan tidak pernah henti mengata tentang mereka
mengapa ya?
mengapa tak biarkan ia belalu?

yang aku tidak boleh terima,
siapa kau untuk mencaci dan mencerca?
siapa kau untuk menghina?
mereka berdua juga manusia biasa yang kilaf..
kau bukan tongkat dunia

tiada guna kau meminta aku mengingat tuhan
tiada guna kau menuntut aku menjaga adab dan pakaian

tapi
diri kau?

Rindu dan sayang?
dua dua itu tiada langsung dalam hati.
hanya nama yang terpahat di atas kertas rasmi


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

cukup sampai disini aku mencuba
ke kiri tersepit
ke kanan tersekat

keluarga harta tak ternilai
aku akui itu
hanya doa yang mampu aku titip untuk semua
aku akan terus memerhati dari jauh

aku?
terus melangkah..
alhamdulillah kehidupan semakin baik.
aku happy dan bahagia 
kerana aku yakin
tuhan itu tahu semua..




p/s Lessons learned.











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.