January 27, 2014

P E R M U L A A N

alhamdulillah and syukur je yang mampu terucap
hanya mampu tersenyum tak henti
bila mereka sudah macam 1 tahun setengah yang lalu
tipu lah kalau aku tak gembira dengan perubahan ini
siapa tak sayang keluarga lagi lagi dengan ibu sendiri.. betul tak?

aku anggap ini permulaan..
permulaan yang paling happy untuk 2014 ini..

pulang?
sabar dulu jangan gopoh sepet :)

January 21, 2014

Y A N G T E R S I R A T

dengan tiba tiba ramai pula yang baca blog ni
agak musykil di situ
tapi tak mengapa, aku tak kisah

buatlah sebanyak mana andaian anda semua
kerana tiada secalit effect pun pada diri ini
setiap entry yang di publish hanya aku sahaja yang memahami

abaikan mulut manusia
sebab mereka tak pernah puas hati
Tuhan itu lebih tahu
Dia dah susun sebaik baik nya
aturanhidup setiap makhluk ciptaan nya
antara kita kuat atau goyah sahaja.

jadi guna kan akal sebelum bertindak
bukan mengikut perasaan 

actually, aku agak menyepi kan diri (bukan lari okay!)
lebih selesa menjadi pemerhati
belajar dari pengalaman sendiri(itu pasti)

oh sebut tentang aturan hidup
aku dah jumpa jawapan yang aku cari selama ni
segelintir pihak pertikaikan kenapa aku masih berdiri teguh disisi dia..even macam macam lah yang jadi
jawapan aku, dia manusia yang tak pernah pandang rendah dengan apa aku buat. 'its okay...take it as a lesson' even hasil aku bagi kadang kadang agak bodoh juga tapi..itulah dia

kawan kawan yang tarik aku pun ada... nabila, noora, lokman, sally, kunang, hudda, ian dan etc

dan yang pandang rendah pun ramai..kadang kadang orang yang kita tak sangka..

kita semua ni bukan terus hebat..semua belajar , B E L A J A R.. manusia ni ada banyak type. yang lembap, yang cepat pick up, yang creative, yang cepat lupa..
jadi jangan lah sesekali pandang rendah kat orang.. sebab anda pun belajar juga baru pandai.. 
dan tak kisah lah anda belajar kat mana
sampai level mana.. itu hak masing masing
if nak ilmu lebih, macam macam option ada
bukan dengan menyalah kan or pandang rendah kat orang..
ingatlah semua ni dari datang tuhan juga
sekali dia tarik kelebihan kita ni.. langsung tiada makna lagi
tak kisah lah outstanding mana pun diri anda itu..

akhir kata, aku tak pernah lupa pun muka muka yang banyak membantu aku..keluarga, rakan rakan or stranger. hanya tuhan yang tahu apa aku rasa. sekarang aku hanya mampu doakan kejayaan dan kebahagian 
anda semua..dan mungkin jika diizikan satu masa nanti, aku akan membantu kalian atau sesiapa yang memerlu kan..

p/s entry malam pagi ni agak panjang dan mungkin meleret tapi ya.. ini yang terpendam dari hati kecil yang sudah lama berbuku..salam

January 11, 2014

T U H A N

kuasa tuhan
betulah jika kita yakin pada nya
jika kita bersungguh
jika kita sentiasa bersabar 
kuasa tuhan tiada apa yang mampu menghalang

alhamdulillah
hanya itu yang mampu aku katakan
doa ku berhari hari selama setahun
doa ku yang tak henti siang dan malam

alhamdulillah
jika kita yakin pada Nya
jika kita melakukan sesuatu hanya kerana Nya
kemenangan itu akan jadi milik kita

alhamdulillah
mungkin masih awal
tapi aku sangat bersyukur atas kuasa tuhan yang satu ini

may God guide me till the end of my life
ameen

January 10, 2014

S E S A K

rasa sesak
rasa nak lari
takde kekuatan nak hadap semua ni

cakap senang
cuba duduk kat tempat ni
cuba rasa terlantar atas katil
cuba rasa makan ubat tidur hari hari
cuba rasa makan ubat penenang hari hari

nampak mudah
tapi kenyataan tidak

rasa nak lari
lari kemana mana


January 08, 2014

T I D U R

semua orang mungkin sedang lena tidur
aku? masalah tidur datang lagi...
mula mula fikirkan jetlag tapi dah 3 weeks lebih
jetlag apakah....

oh ye
interview? sungguh banyak dugaan hari ini
bermula dari pagi... macam macam dugaan
tapi secara konklusi nya interview tadi sangat lah
baik... alhamdulillah rasa gentar itu hilang begitu saja
sebaik aku melangkah masuk ke meeting room... perbualan pun sangat smooth.. 
walaupun permulaan hari aku sangat suram tapi interview itu berakhir dengan baik sekali...
alhamdulillah...bila kita yakin sama Nya, pasti ada jalan yang diberi... 

wahai mata, sila lah tidur..
otak ni dah letih berfikir

January 07, 2014

p e n u t u p

terjawap sudah tentang semalam
tiada apa lagi boleh aku cakap
sukahatila semua orang nak cakap apa...
diri aku, perasaan aku 
perbuatan memang tak seiring dengan perasaan.
aku manusia yang tidak sempurna... jangan kau lupa itu
jangan kau pertikai kejadian tuhan ini

memang aku keliru
tapi perasaan tak pernah tipu
aku takkan terkejut dengan apa yang jadi, sungguh
keluarga sendiri boleh katakan macam macam
ini kan pula manusia yang tiada pertalian darah..

bukan pertama kali kau kata aku begitu...
bukan sekali penjelasan yang aku beri
penutup nya biar aku padamkan saja diri aku dari pengelihatan kau
mungkin ini jalan yang terbaik

aku manusia plastic...
luaran orang nampak aku gembira
dalam tak sapa tahu aku menangis.

terima kasih untuk semua.

January 06, 2014

R I N D U

view di malam hari


waktu hailstorm
rasa rindu pada tempat yang aku panggil rumah, Launnie..
mungkin pada mereka yang berasal dari kehidupan 'urban'merasa Launnie hanya sebuah pulau terpencil yang dirasakan sangat kuno dan kampung..
tapi tidak bagi aku..ye, saya anak kelahiran kota atau kata lagi glamour 'urban' yang tiap kali waktu cuti akan selalu berholiday ke overseas..tak kenal apa itu kampung, makan pakai fork and spoons, tak reti duduk di lantai, masuk dapur or toilet kotor sure akan berjalan guna jari kaki..paling epic bila tengok jantung pisang macam monyet keluar dari zoo.. tapi itu lah aku yang dulu.

sekarang
aku lagi suka hidup yang tenang, tiada jammed, tiada bising nye riuh manusia..aku rimas, sesak
aku rindu awan yang terang dan membiru
aku rindu laut launnie terbentang luas dengan ombak tinggi tapi damai..bau laut sungguh tenang

homesick aku ni
launnie, tempat aku dibuang ditinggal,
tempat aku belajar hargai apa itu kehidupan
tempat aku menangis dan ketawa

cataract gorge, tempat favorite di waktu lapang.
tempat aku menghambur kan kesedihan.
dengan sebuah buku...aku berguling saja atas rumput mengadap basin sambil berjemur..
kat KL nak buat macam tu? sure orang kata aku gila..
dengan cuaca yang menyesak kan dada..

aku rindu ke semuanya.
Jakob, 21 cimitiere, 2/218 conway
aku akan pulang ke sana...walau hanya sekejap

January 01, 2014

2.0.1.4

mula kan hari dengan solat subuh
tertido balik jam 9 pagi
tiba tiba tersedar sebab mimpi 3 biji gigi atas patah
ape nih?
waktu yang sama,mimpi bungkus bungkus mayat juga

haruslah aku terus melompat bangun sebab terkejut.
bingung tapi tak tahu apa benda..
cuma mampu tenang kan diri sendiri
sedap kan hati, ini cuma tido pagi

------------------------------------------------------
oh ya,
semalam dapat gambar Umar..
aku yang excited...sebab semua progress umar
berlaku depan mata aku
cuma saat2 nani menanti hari yang aku tiada
tak mengapa
ada rezeki kita akan berjumpa... 

------------------------------------------------------
peroleh pesanan yang
buat hati aku berkocak
ya, tipu lah kalau aku maintain cool
33 weeks ye...hm i keep counting even though 
sudah tiada.
aku punya perasaan dan ini bukan yang pertama

siapa yang membaca, mungkin tidak mengerti
takperlu la tahu...
biar jadi kenangan aku sendiri..


pergi lah rasa sedih
pergi lah rasa gelisah

2014, buat lah aku jadi lebih kuat 
untuk apa saja yang mendatang...