December 19, 2014

H E C T I C

its been awhile since my last post kan..
maaf la fella.
well, its gonna be my superb hectic month
banyak benda nak catch up
yang tengah on pending pun boleh tahan

but alhamdulillah
everything in order 'literally'
padahal dalam hati sumpah seranah pun ada
exhausted kot..
24hour a day macam tak cukup
weekend yang sentiasa occupied (since last 2 month)
istilah rehat dihujung minggu tu
hanya dalam mimpi je lah
but its okay
i choose to be this way..
and im happy :)
and proud to myself

benda kecik kecik tu
biar lah...if dah boring sangat 
aku bikin disappear je.
baru inter frame 2-3 bulan banyak bunyi pula
dalam phone je pun
(if korang refer entry lepas, ada yang paham kot)

okay...i need my beauty sleep. 
baru ada chance balik rumah hari masih cerah..
night people.!! 

  

November 25, 2014

w e i r d ..

kinda weird feeling. 
generally it is left unexplained and is described 
"eh, i macam dejavu.."
I have no idea what going on...betul!
extremely strangest feeling that i ever had

it has probably happened to you.
but still weird tho...
lately boleh lupa my phone kat mana
lupa switch off gas lepas masak
sometime confuse jalan balik rumah..sigh

why eh?
and 
i rarely wear my glasses coz my aesthetic very high
so prefer dengan contact lens je
but this morning i forgot to wear em, padahal rabun gila kot

so, sepagian memikir kenapa dengan diri ni lately.



sekian.

November 24, 2014

m a k a n a n

dah seminggu kepingin cakoi..
padahal tak pernah favourite benda benda deep fry ni.
rupa cakoi pun aku tengok kat google.

last sunday pergi mencari cakoi di kelana jaya.
katanya situ yang paling best.
Tapi...
pusing kedepan ke belakang tiada
ye,anggap tiada rezeki
tapi frustrated la kan..

lalu nampak rojak mamak
makan lah situ
sumpah sedap.. hee terus lupa pulak dengan misi pencarian cakoi

kedai sebelah pula jual pisang goreng, popia basah..
hmmm bagi korang mungkin ini benda biasa
but me?
jarang kot dapat chance nak makan benda ni..

so dengan bahagia menu semalam rojak and popia basah.
gerai di tepi jalan je
parking lori bukak meja 2, 3 di tepi...
for me, makanan jalanan kadang kadang lagi sedap :)

sebelum balik sempat aku cakap ' uncle, thank you...sedap'
tengok segaris senyuman kat muka uncle tu aku tahu dia puas hati
teringat zaman kerja F&B dulu ..
hahaha ada time aku nak pergi lagi...

sekian.

November 21, 2014

G l o o m y N o v e m b e r

banyak sangat berita kematian
yang sakit pun tak kurang

yesterday,
my very closed friend umi's passed away.

today,
my cousin baru giving birth
and doc confirm kan dah stage 4 liver cancer.

ini tak termasuk cerita last week
cerita last two weeks

no wonder,
they called it 'silent killer'
rasa shocked. 
hard for me to swallow
but semua kehendak Dia kan


may Allah bless them and their family.

November 20, 2014

D I A

jujurnya
hidup kita tak pernah sempurna
semua ada aib sendiri
semua ada kesilapan lampau
semua ada buat dosa

kerana aku hanya manusia
kerana aku sedar hukum alam
kerana aku sedar dunia bukan hak selamanya
kerana aku sedar tanggungjawab sebagai anak

selama 22tahun...
mana kau menghilang
mana kau di setiap kali di pagi raya
mana kau di setiap kali 14/3 tiba
mana kau setiap kali hari pengambilan kad pelajar di sekolah?
mana?
mana kau untuk teman aku bermain di waktu petang?
mana kau ketika aku perlukan seseorang ketika aku bersedih?

kini
tanpa henti kau ucapkan kata sayang pada aku
tanpa henti kau merayu aku pulang
tapi 
adakah kau akan terima aku kalau aku merempat?

dalam kau ucap kan sayang
setiap percakapan tidak pernah henti mengata tentang mereka
mengapa ya?
mengapa tak biarkan ia belalu?

yang aku tidak boleh terima,
siapa kau untuk mencaci dan mencerca?
siapa kau untuk menghina?
mereka berdua juga manusia biasa yang kilaf..
kau bukan tongkat dunia

tiada guna kau meminta aku mengingat tuhan
tiada guna kau menuntut aku menjaga adab dan pakaian

tapi
diri kau?

Rindu dan sayang?
dua dua itu tiada langsung dalam hati.
hanya nama yang terpahat di atas kertas rasmi


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

cukup sampai disini aku mencuba
ke kiri tersepit
ke kanan tersekat

keluarga harta tak ternilai
aku akui itu
hanya doa yang mampu aku titip untuk semua
aku akan terus memerhati dari jauh

aku?
terus melangkah..
alhamdulillah kehidupan semakin baik.
aku happy dan bahagia 
kerana aku yakin
tuhan itu tahu semua..




p/s Lessons learned.











October 25, 2014

past and present. . . future?

khabar diterima.
bagus lah semua baik baik sahaja
aku hanya senyum melihat dari jauh 
hati ku lega...

another side pulak
tak putus kau katakan kata rindu
tapi maaflah
bonding macam tak berapa nak ada
nyaris mulut ni ada filter
hanya berkepok dalam hati
terlampau lama kau biar aku terkapai
jadi tabahlah kau terima keadaan seadanya

jumpa? hmm nantilah 
batin masih belum boleh digest 
kejadian masa lampau..
kotak memory masih kuat flash back semua kejadian lalu
masih terasa pedih pedih bengkak di badan
cacian dan makian

dendam itu tiada
hanya hati masih keras untuk menerima

dear God,
please forgive me because i'm only human.



p/s
happy new year to all muslim
around the globe.



October 22, 2014

:)

ye, ini adalah aturan hidup
sila sentiasa positive dah tabah

aturan hidup
sabar itu tuhan tu bagi pada mereka yang terpilih
aku di antara nya
jadi.. sabar dan tabah

btw after berbulan bulan akal mendak dengan
pelbagai perkara
finally last week dapat keluar dari kota sekejap

wahai laut.. oh my god rasa lapang fikiran
cuma warna laut tu tak boleh lawan
dengan laut tassie. 
impromptu pun... okaylah menarik :)


October 11, 2014

m e l a y u

melayu
budi bahasa budaya kita#
melayu
bersopan santun amalan kita#
melayu
hormati orang tua#

eh melayu
tak nampak pun semua tu?
mana?

lupa nak tambah

melayu
racist#

sungguh pun mata aku sepet
kulit aku putih
luaran doesnt look like melayu
hakikat nya kat ic aku ada
siti and binti

so apa masalah kau sekarang wahai melayu?
to be specific... melayu malaysian.

if melayan perangai macam korang ni melayu
aku pun sama sampah macam korang....

tepuk dada tanya akal
betul ke korang ni melayu?
betul ke muslim?

in kitab ada ajar jadi bukan bukan ke?

sekian.

October 09, 2014

k o r b a n

banyak dalam hidup perlu pengorbanan 
berkorban 
dikorban
terkorban

aku? 
in between berkorban dan terkorban
tak payah nak nak ulang balik tragedi yang lalu
yang mengenali aku mungkin faham apa aku cakap ni

well
nothing much lah 
just aku sentiasa and tak putus doa
biar aku terus tabah
cekal and gagah untuk menepis semua stress yang muncul

sedih itu normal tapi tak mahu dilayan sangat
penat otak ni
kesian mata ni... akibat banyak menangis suatu masa dahulu
now mata aku agak abnormal sedikit. 
panda eyes tu pula dah tak malu malu nak kekal abadi di muka sekarang ni

aku jadi rajin 'berlari' sekarang ni pun sebab benda ni dapat buat aku tenang
yes memang released k... korang yang ada bipolar disorder ke seangkatan dengan nye sila cuba...tak nak berlari, jalan kaki... let your body move!!!

-------------------------------------

aku sayang semua orang dikeliling aku
tapi tak semua yang aku dapat luang kan masa bersama
'only Allah knows' why...
if dengan cara ni yang terbaik, aku akan terus begini 
unless 'kun fa ya kun' if allah dah berkehendak untuk aku pulang
ya aku akan pulang...

ya now macam tiada perasaan
cakap la apa saja
tak tercuit pun hati ni
aku banyak memerhati dari bersuara
sebab? 
aku letih...


p/s selamat hari raya aidul adha. maaf zahir batin

September 28, 2014

eh kau ni

rasa nya
rasa nya
memang moment sekarang
soalan ' kau bilA lagi?'

ehhh rasa nak tampor  laju laju


September 19, 2014

H e l l o

lama tak merepeks bagai
i sangat rocket for the last few months
sekarang baru bernyawa sedikit

oh ya
macam macam jadi... 
but tak pasti ini perkara menarik or not
but.. whatever la ya




June 24, 2014

L I F E

to whom may concern,

im might look happy outside (with my bloody plastic smile)
but deep down I just wants to drop down and cry all the tears..
it's hard to answer the question 'whats wrong' when nothing is right..

so yeah,
appreciate what you have before its gone...
love the people who treat you right, 
forgive the ones who don't and believe that everything happens for a reason..


p/s:
in the light of Ramadhan
i would like to seek for forgiveness for all my wrongdoing
consciously or not..
maybe its gonna be my last ramadhan..who knows aite?
happy ramadhan all..salam






March 26, 2014

F E A R

For a very long time fear has controlled me
by kept me living in desperate situation
and stopped me from living the life of my dreams.

Yes, I declared myself as a Muslim
but I only knew very little about the religion
and sometimes I did quest myself
am I a Muslim just by a name or maybe a part time Muslim?

ohh well, i think they should write the book
'Islam for Dummies' for people like me..(don't laugh!!)
because most of the books that i found is really hard for me
to understand..depth perhaps?







March 21, 2014

D I A s a y a n g s a y a

visa..
can u please be nice with me? please....

kerja?
ada. TAPI visa pula menjadi issue
tak mampu nak persoal lagi apesal
setiap satu satu yang jadi

DIA sayang saya... boleh gitu?
pasrah sangat, sigh

tempat tinggal
if tiada tuan, serious tak tahu apa jadi
connection atas kawan punya kawan
kenal pun tidak. i really owe you man!!
yang di planned semua tersasar 
jauh yang patut dijumpa
tetiba hilang tak tahu punca
biarlah.. 

cerita last week,
konon mencari bilik sewa. jumpa homestay ni
condition nya memuas kan, yang paling penting
fully furnished..TAPI
bila baru ke nak cakap YES.. owner tu melihat aku beribu macam
puji2 yang rasanya tak relevan pun

make it short... mereka adalah nudist
mula2 aku kata.. kau nak bogel ke nak tergolek ke
buatla.. non of my business 
but bila mula nak persuade aku jadi part of them
MEMANG tak lah...dan mula argue pasal muslim appearance
dengan aku. yes aku belum berhijab tapi tak semestinya
aku sebarang langgar je
once dia start mention pasal 'tiada jealously' isssue between 
him n the wife.. sesungguh nya aku terus bla. 
lalu aku pulang dengan perasaan paranoid trauma teramat.
sungguh tertekan to the max.. 

why ada lagi manusia macam ni on earth? why why?

sungguh tak kelakar. orang gila je akan kata wow? nudist, lawa and handsome tak? and aku tak teragak2 to lift my middle fingers.. 


March 14, 2014

chapter #27

alhamdulillah
still alive and struggle for life

May Allah guide me till the end of my life
Ameen.

March 04, 2014

k e n a p a ??

memang sengaja ke apa?
haritu suruh datang
dah ada sini
suddenly lain pula jadi

apehal macam ni
kenapa nak jadi kat aku eh
tak cukup cukup ke dengan apa dah penah jadi?

aku ni tak la sekuat mana nak hadap semua ni
otak terus berhenti tak boleh berfikir

kenapa
kenapa
kenapa?

March 01, 2014

s i g h

after everything i've been through
I think, i extremely lost my sensitivities towards other feelings.
parents, friends or sesiapa.
I've spent most of my time fighting with my feelings instead of 
just trusting myself
i am sorry. my bad.
but yeah 
even though i act like i dont bloody care
the truth is i care too much.

just the matter of time..
please..

jangalah nak kasi statement
'she's really take care of about everybody'
what the hell?




February 27, 2014

al kisah

memang survival habes.
if tiada orang tolong semalam sure aku 
balik dengan basah lencun semalam
ini yang tak berapa nak lencun pon dah sakit sakit tekak
and selsema

ada few things belum settle lagi..
hati ada gentar
tapi cuba memujuk untuk bertabah

-----------------------------------------

oh yeah
bila dah duduk sorang balik ni mula la symptom lama datang lagi
dan agak kerap jugak ig aku update... 
ig je pun sebab situ more privacy.(rasanya lah)
facebook? macam malas sebab terlampau ramai kepochiii kat sana

eh eh sunyi kot
takpe... lama lama okay la
pujuk diri sendiri la nampaknya

February 25, 2014

c e k a l

moga semua berjalan dengan baik dan lancar
tabah kan hati
kuat kan semangat 
yang penting harus terus cekal dan yakin

insya'allah akan baik baik sahaja nanti.

amin

February 14, 2014

e x c i t e d ??

okay.
tak tahu nak cakap rasa apa sekarang ni
yang pasti aku senyum je tak henti since dapat email tadi pagi
aduhai
taknak over excited sebab takut
tapi memang excited pun

dan sebab email itu
tiba tiba rasa schedule untuk hari akan datang hingga
tiba hari pergi macam mampat giler kan

banyak pihak kena jaga
sebab terasa masa macam tak cukup

sayu? 
ada jugak
sabar ye...demi masa hadapan
hati sila tabah...

February 13, 2014

m e r e p e k

masalah tidur datang lagi
slept around 4am and bangun terjekot 3hr after
mahu tak rasa kepala ni macam kena hammer..

and now terkebil kebil mencuba nasib untuk tidur..

last night event was good
even tak kenal sesiapa but mereka sangat friendly
okay la... tapi crik crik juga
mungkin dah bertahun aku tinggal kan semua itu

--------------------------

womb? sakit laagi.. 
kadang kadang rasa malas nak layan
budget tough je semua sekarang ni
padahal inside rasa nak roboh jantung



February 12, 2014

P E L I K

manusia ni pelik
aku juga tergolong dalam manusia pelik

ya aku sekarang main go je 
sebab sudah tiada istilah planning dalam hidup ni
sebab??
semua tak pernah jadi

tapi aku tak pernah pun ambil kesempatan dengan kebaikan yang orang lain hulur kan
im not being defensive tapi dah feed up bila
tiap kali persoalan yang sama nak kena jawap..

aku ada perasaan
kau juga punya perasaan.
fikir fikir kan lah...


February 04, 2014

p e o p l e

when so many people arounds you
there gonna be so many opinions
and yes I don't mind voicing mine either
but there is a difference between listening 
to someone's opinion 
and blatantly being a rude asshole

dont't voice your opinion if you are not 
prepared to listen to someone elses...


January 27, 2014

P E R M U L A A N

alhamdulillah and syukur je yang mampu terucap
hanya mampu tersenyum tak henti
bila mereka sudah macam 1 tahun setengah yang lalu
tipu lah kalau aku tak gembira dengan perubahan ini
siapa tak sayang keluarga lagi lagi dengan ibu sendiri.. betul tak?

aku anggap ini permulaan..
permulaan yang paling happy untuk 2014 ini..

pulang?
sabar dulu jangan gopoh sepet :)

January 21, 2014

Y A N G T E R S I R A T

dengan tiba tiba ramai pula yang baca blog ni
agak musykil di situ
tapi tak mengapa, aku tak kisah

buatlah sebanyak mana andaian anda semua
kerana tiada secalit effect pun pada diri ini
setiap entry yang di publish hanya aku sahaja yang memahami

abaikan mulut manusia
sebab mereka tak pernah puas hati
Tuhan itu lebih tahu
Dia dah susun sebaik baik nya
aturanhidup setiap makhluk ciptaan nya
antara kita kuat atau goyah sahaja.

jadi guna kan akal sebelum bertindak
bukan mengikut perasaan 

actually, aku agak menyepi kan diri (bukan lari okay!)
lebih selesa menjadi pemerhati
belajar dari pengalaman sendiri(itu pasti)

oh sebut tentang aturan hidup
aku dah jumpa jawapan yang aku cari selama ni
segelintir pihak pertikaikan kenapa aku masih berdiri teguh disisi dia..even macam macam lah yang jadi
jawapan aku, dia manusia yang tak pernah pandang rendah dengan apa aku buat. 'its okay...take it as a lesson' even hasil aku bagi kadang kadang agak bodoh juga tapi..itulah dia

kawan kawan yang tarik aku pun ada... nabila, noora, lokman, sally, kunang, hudda, ian dan etc

dan yang pandang rendah pun ramai..kadang kadang orang yang kita tak sangka..

kita semua ni bukan terus hebat..semua belajar , B E L A J A R.. manusia ni ada banyak type. yang lembap, yang cepat pick up, yang creative, yang cepat lupa..
jadi jangan lah sesekali pandang rendah kat orang.. sebab anda pun belajar juga baru pandai.. 
dan tak kisah lah anda belajar kat mana
sampai level mana.. itu hak masing masing
if nak ilmu lebih, macam macam option ada
bukan dengan menyalah kan or pandang rendah kat orang..
ingatlah semua ni dari datang tuhan juga
sekali dia tarik kelebihan kita ni.. langsung tiada makna lagi
tak kisah lah outstanding mana pun diri anda itu..

akhir kata, aku tak pernah lupa pun muka muka yang banyak membantu aku..keluarga, rakan rakan or stranger. hanya tuhan yang tahu apa aku rasa. sekarang aku hanya mampu doakan kejayaan dan kebahagian 
anda semua..dan mungkin jika diizikan satu masa nanti, aku akan membantu kalian atau sesiapa yang memerlu kan..

p/s entry malam pagi ni agak panjang dan mungkin meleret tapi ya.. ini yang terpendam dari hati kecil yang sudah lama berbuku..salam

January 11, 2014

T U H A N

kuasa tuhan
betulah jika kita yakin pada nya
jika kita bersungguh
jika kita sentiasa bersabar 
kuasa tuhan tiada apa yang mampu menghalang

alhamdulillah
hanya itu yang mampu aku katakan
doa ku berhari hari selama setahun
doa ku yang tak henti siang dan malam

alhamdulillah
jika kita yakin pada Nya
jika kita melakukan sesuatu hanya kerana Nya
kemenangan itu akan jadi milik kita

alhamdulillah
mungkin masih awal
tapi aku sangat bersyukur atas kuasa tuhan yang satu ini

may God guide me till the end of my life
ameen

January 10, 2014

S E S A K

rasa sesak
rasa nak lari
takde kekuatan nak hadap semua ni

cakap senang
cuba duduk kat tempat ni
cuba rasa terlantar atas katil
cuba rasa makan ubat tidur hari hari
cuba rasa makan ubat penenang hari hari

nampak mudah
tapi kenyataan tidak

rasa nak lari
lari kemana mana


January 08, 2014

T I D U R

semua orang mungkin sedang lena tidur
aku? masalah tidur datang lagi...
mula mula fikirkan jetlag tapi dah 3 weeks lebih
jetlag apakah....

oh ye
interview? sungguh banyak dugaan hari ini
bermula dari pagi... macam macam dugaan
tapi secara konklusi nya interview tadi sangat lah
baik... alhamdulillah rasa gentar itu hilang begitu saja
sebaik aku melangkah masuk ke meeting room... perbualan pun sangat smooth.. 
walaupun permulaan hari aku sangat suram tapi interview itu berakhir dengan baik sekali...
alhamdulillah...bila kita yakin sama Nya, pasti ada jalan yang diberi... 

wahai mata, sila lah tidur..
otak ni dah letih berfikir

January 07, 2014

p e n u t u p

terjawap sudah tentang semalam
tiada apa lagi boleh aku cakap
sukahatila semua orang nak cakap apa...
diri aku, perasaan aku 
perbuatan memang tak seiring dengan perasaan.
aku manusia yang tidak sempurna... jangan kau lupa itu
jangan kau pertikai kejadian tuhan ini

memang aku keliru
tapi perasaan tak pernah tipu
aku takkan terkejut dengan apa yang jadi, sungguh
keluarga sendiri boleh katakan macam macam
ini kan pula manusia yang tiada pertalian darah..

bukan pertama kali kau kata aku begitu...
bukan sekali penjelasan yang aku beri
penutup nya biar aku padamkan saja diri aku dari pengelihatan kau
mungkin ini jalan yang terbaik

aku manusia plastic...
luaran orang nampak aku gembira
dalam tak sapa tahu aku menangis.

terima kasih untuk semua.

January 06, 2014

R I N D U

view di malam hari


waktu hailstorm
rasa rindu pada tempat yang aku panggil rumah, Launnie..
mungkin pada mereka yang berasal dari kehidupan 'urban'merasa Launnie hanya sebuah pulau terpencil yang dirasakan sangat kuno dan kampung..
tapi tidak bagi aku..ye, saya anak kelahiran kota atau kata lagi glamour 'urban' yang tiap kali waktu cuti akan selalu berholiday ke overseas..tak kenal apa itu kampung, makan pakai fork and spoons, tak reti duduk di lantai, masuk dapur or toilet kotor sure akan berjalan guna jari kaki..paling epic bila tengok jantung pisang macam monyet keluar dari zoo.. tapi itu lah aku yang dulu.

sekarang
aku lagi suka hidup yang tenang, tiada jammed, tiada bising nye riuh manusia..aku rimas, sesak
aku rindu awan yang terang dan membiru
aku rindu laut launnie terbentang luas dengan ombak tinggi tapi damai..bau laut sungguh tenang

homesick aku ni
launnie, tempat aku dibuang ditinggal,
tempat aku belajar hargai apa itu kehidupan
tempat aku menangis dan ketawa

cataract gorge, tempat favorite di waktu lapang.
tempat aku menghambur kan kesedihan.
dengan sebuah buku...aku berguling saja atas rumput mengadap basin sambil berjemur..
kat KL nak buat macam tu? sure orang kata aku gila..
dengan cuaca yang menyesak kan dada..

aku rindu ke semuanya.
Jakob, 21 cimitiere, 2/218 conway
aku akan pulang ke sana...walau hanya sekejap

January 01, 2014

2.0.1.4

mula kan hari dengan solat subuh
tertido balik jam 9 pagi
tiba tiba tersedar sebab mimpi 3 biji gigi atas patah
ape nih?
waktu yang sama,mimpi bungkus bungkus mayat juga

haruslah aku terus melompat bangun sebab terkejut.
bingung tapi tak tahu apa benda..
cuma mampu tenang kan diri sendiri
sedap kan hati, ini cuma tido pagi

------------------------------------------------------
oh ya,
semalam dapat gambar Umar..
aku yang excited...sebab semua progress umar
berlaku depan mata aku
cuma saat2 nani menanti hari yang aku tiada
tak mengapa
ada rezeki kita akan berjumpa... 

------------------------------------------------------
peroleh pesanan yang
buat hati aku berkocak
ya, tipu lah kalau aku maintain cool
33 weeks ye...hm i keep counting even though 
sudah tiada.
aku punya perasaan dan ini bukan yang pertama

siapa yang membaca, mungkin tidak mengerti
takperlu la tahu...
biar jadi kenangan aku sendiri..


pergi lah rasa sedih
pergi lah rasa gelisah

2014, buat lah aku jadi lebih kuat 
untuk apa saja yang mendatang...